Friday, June 27, 2014

YAKIN DENGAN JANJI ALLAH !



"...kadang-kadang kita PERLU menoleh ke belakang sebentar untuk MELIHAT dan BELAJAR kesilapan lalu ... supaya kesilapan lalu itu ... TIADA untuk kali KEDUANYA buat HARINI , ESOK dan SELAMANYA ..." ( seorang mukmin itu tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali ... ^^ )

:: setahun sudah berlalu ... ada hikmah disebalik yang berlaku ... hakhakhak =D

27 Jun 2013 tarikh yang amat bermakna bagiku ... tarikh yang di mana aku akan meluputkan nama "si dia" selama-lamanya di hatiku .. terima kasih deh ! pertemuan kita hanyalah untuk memberikan sebagai pengajaran dan pengalaman sahaja untuk diri ini .. semoga hang bahagia dengan pilihan hang ... ^^ sekali cheq move , cheq da xkan pandang belakang lagi .. aku percaya , apa yang kita berikan itulah yang kita akan dapat ... yang pasti yang akan hadir dalam hidup aku adalah yang terbaik dan terbaik dan terbaik untuk aku , keluargaku .. terima kasih lagi sekali kerana memberi peluang memberi ruang kepada orang lain untuk membahagiakan aku .. insyaALLAH ! aku yakin .. ALLAH akan bersama dengan orang yang benar ...









Sunday, March 30, 2014

LA TAHZAN ! JADILAH WANITA PALING BAHAGIA 
DI DUNIA DAN DI AKHIRAT ...

menangislah ! jika itu boleh membuatkan kamu 
menjadi lebih tenang ...


Sekali lagi air mata itu tertumpah , bagai melegakan hati pemiliknya ..

Wanita ,

Kadangkala diuji dengan sehebat-hebat ujian ..

Zahirnya lemah tetapi batinnya gagah , anugerah daripada ALLAH ..

Sekali lagi air mata itu tumpah, bagai melegakan hati pemiliknya ..

LA TAHZAN !

Optimiskan ujian yang telah diberi .. itu HADIAH dari ALLAH untuk kita ..
Bersyukurlah kerana diuji .. Berununglah kita insan yang terpilih ..
Kita rasa kitalah yang besar ujian dariNYA dan paling berat bebanannya ..
Please dear .. Come on .. Ada orang besar ujiannya .. Lagi berat bebanannya ..
Jangan merungut sayang .. Jangan mengeluh walaupun sedetik ..
Kita milik DIA .. Dulu , kini dan selamanya ..
Maka DIA berhak menentukan yang sebaiknya untuk kita ..
Kita tidak tahu .. Kerana DIA merupakan sebaik perancangan ..
Bukan hanya di dunia tetapi hingga ke akhirat ..

ALLAH mengaturkan dan merancang yang terbaik untuk kita ..
Jalan takdir yang diaturkan untuk kita tidak pernah salah ..
Sentiasa bersangka baik dengan aturanNYA ..
Jika perlu engkau menangis , maka menangislah !
Tetapi sayang , jangan sedih terlalu lama-lama ..
Nampak macam kita kurang REDHA dengan apa yang ALLAH telah aturkan untuk kita ..
Takdir ALLAH sesuatu yang tidak dijangka ..
Apabila DIA kata "kun fayakun" , pasti semua akan terjadi ..
Percayalah ! Perkara yang tidak dijangka pasti akan berlaku ..
Yang pasti kau BERSABARLAH ..
Percaya dengan setiap aturan DIA ..

LA TAHZAN !!

Syurga itu mahal sayang , bukan mudah untuk kita dapat ..
bBenda yang sukar nak dapat itulah yang benar-benar kita akan hargai ..
Apabila kita dapat kita pasti akan bahagia ..
Itu merupakan kepastian ..

SENYUMLAH !!

Saat kita rasa jatuh ..
Tak mampu  nak bangun , tak terdaya mendongak ..
Ingatlah !! ALLAH tetap bersama dengan kita apa jua yang berlaku ..
Just beside you for follow the flow ..
Selalu ..
ALLAH yang akan mengubati hati kita ..
Perlahan ... Perlahan .. Perlahan ..
Tanpa kita sedari .. Ubat DIA paling mujarab ..
Dekatkanlah diri kepadaNYA ..
Kau pasti akan berasa tenang ..
Inilah HADIAH buat hambaNYA yang tabah !
AIR MATA !

InsyaALLAH , apabila ALLAH redha , ALLAH akan permudahkan urusan kita ..
Tidak mudah ! Siapa kata mudah ?
Tetapi inilah kasih sayang ALLAH ...
Berdamailah dengan takdirNYA ..
Sampai masa dan waktunya kita akan faham .. Perkara itu telah tertulis dan akan terjadi ..
Tertulis di Luh Mahfuz ..
Kita halang dan bertahan supaya tidak berlaku , perkara itu pasti berlaku ..
Kita mesti mengejar dan berhenti daripada memaksa ia jadi macam kita hendak ..
Sentiasa bersabar dan redha dengan aturanNYA ..

Bukalah surat cinta dariNYA ..
Pasti DIA akan balas ..
Hati kau pasti damai ..


"Maka hanya dengan bersabar itulah yang terbaik (bagiku)"[Yusuf : 18]

LA TAHZAN !! Kesatlah air matamu ..
ALLAH kan ada ..
ALLAH lebih tahu ..
Mana yang terbaik untuk kau ..

"Dan bertakwalah kepada ALLAH , sungguh , ALLAH MAHA MENGETAHUI segala isi hati"[Al-Maidah : 7]

Dan ingatlah !!

"Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta , tidak pada penampilan diri, 
tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia .. 
Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan
 roh manusia yang mendamba redha ALLAH " [Hasan Al-Banna]

LA TAHZAN !!
Jadilah wanita paling bahagia di dunia dan akhirat ..
Lupakan segala kejahatan orang kepada kita ..
Ingatlah kebaikan orang kepada kita ..

#mulakan hidup baru .. berbahagialah dengan ujian yang diturunkan oleh ALLAH ..
#don'tlookback..keepmovefoward!
JAGALAH HATI UNTUK YANG SELAYAK-LAYAKNYA ..
JAGA HATI , JAGA IMAN , JAGA SEGALANYA UNTUK " IMAM " YANG SEBENAR ..

Monday, February 3, 2014

Hai FEBRUARI !

Assalamualaikum ...

     Syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas di muka bumi ALLAH ini .. Kesempatan yang diberikan ini untuk memperbetolkan setiap kesilapan dan kekhilafan serta memperbaiki diri ke arah yang lebih baik ..

      Adakah aku berkesempatan untuk menemui hari-hari keesokannya ? Terlalu banyak yang perlu aku perbaiki dan masa yang diberikan terlalu pendek kerana kematian itu pasti berlaku bila-bila masa .. Kerdilnya diri ini ..

      Masuknya bulan Februari ini merupakan satu langkah yang berjaya bagi aku untuk terus kuat dan tabah menjalani kehidupan sebagai seorang hamba ALLAH  .. Alhamdulillah ^^


Kita hidup ni sentiasa memerlukan motivasi diri .. Jika orang tidak boleh memberi motivasi dekat diri kita maka kitalah yang perlu memotivasikan diri sendiri .. Siapa lagi yang hendak menggerakkan diri kita supaya lebih berjaya jika bukan diri kita sendiri ^^




#adios!! =D

Wednesday, January 29, 2014

Aku Kuat !

Assalamualaikum ..

      Kekuatan diri bermula dari hati ! Bukan mudah untuk membina kembali kekuatan dalaman dan luaran apabila diri ini tersisir jauh dari ALLAH S.W.T.. Apabila hendak merasai kekuatan dalaman carilah ALLAH .. Jangan sesekali membelakanginya ..





       Janganlah berhenti berharap kepada ALLAH .. ALLAH MAHA MENGETAHUI .. DIA akan mengkabulkan doa-doa hambaNYA sama ada cepat atau lambat itu semuanya DIA telah tentukan .. ALLAH telah merancang sebaik-baiknya untuk hamba-hambaNYA ... Jadi BERSABARLAH !
   
       Ya ! Sebenarnya aku kuat ! Aku kuat kerana masih mempunyai ALLAH disepanjang hari dalam hidup aku .. Aku masih mempunyai emak dan abah serta adiberadik yang tidak pernah meninggalkan aku .. Aku juga masih mempunyai rakan , kawan dan sahabat tatkala aku memerlukan mereka .. Aku cuma kehilangan 'si dia'yang tidak mempunyai nilai apa-apa dalam hidup aku .. ALLAH jentik seseorang dalam hidup kita kerana DIA tahu mana yang terbaik dalam hidup kita .. DIA juga rindu hendak mendengar rintihan hati hambaNYA .. Jadi mengapa harus bersedih terlalu lama ? Mengapa mesti terpaku dihadapan pintu yang sudah lama tertutup untuk kita ? Mengapa ? Pergilah ke pintu kebahagiaan yang telah dibukakan untuk kita ..


      Jangan pernah menyesal melepaskan seseorang yang bukan milik kita ... Redha dengan setiap yang berlaku kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya .. Ikhlaskan hati apabila melepaskan seseorang .. Apabila kita ikhlas maka hati akan tenang .. Jadi aku hendaklah kuat ! Kuat kerana masih mempunyai insan-insan tersayang di sisi .. Masih bersama-sama kita tatkala dalam keadaan sedih atau gembira ..

    

       ALLAH yang pegang hati kita .. ALLAH juga yang membolak balikkan hati seseorang .. Jadi jangan sesekali menggenggam hati seseorang di hati kelak jika salah seorang berubah hati kita tidak akan rasa sakit dihati .. Peringatan untuk diri sendiri dan sahabat sekalian .. Apabila kita sayang seseorang kita mengadulah dekat ALLAH .. Jangan ketika sedih sahaja kita mengadu denganNYA tetapi sentiasalah berhubung denganNYA .. Biarlah DIA yang menentukan dan menyemaikan perasaan itu .. Yang penting KUAT ! Kuat apabila menerima ujian dan dugaan daripada ALLAH .. Berterima kasih kepadaNYA kita dijauhkan daripada orang yang mungkin bukan yang terbaik untuk kita untuk masa hadapan .

**Semoga ALLAH terus kuatkan hati aku .. Yang patah pasti tumbuh dan yang hilang pasti berganti .. Kita hanya merancang dengan CITA-CITA tetapi ALLAH merancang dengan CINTANYA.. Kepada 'si dia' semoga berbahagia kehendakNYA .. InsyaALLAH ^^ **


SENYUM merupakan ubat hati .. teruskan TERSENYUM ^^




KITA BERTEMU KERANA ALLAH BERPISAH JUGA KERANA ALLAH ..
 SEMOGA ALLAH REDHA .. ALLAH MAHA MENGETAHUI ..

#theend .. BYE !!

Tuesday, January 28, 2014

Terima Kasih Untuk Segalanya

Assalamualaikum ..

           Rasa cepat masa berlalu .. Masa akan sentiasa berputar dan tidak akan berhenti kecuali jika dipinta olehNYA untuk memberhentikan masa .. Apabila masa berhenti secara tiba-tiba tiadalah lagi peluang untuk bertaubat dan tunggu masa untuk dihisab segala amalan yang dilakukan di dunia .. Bertaubatlah selagi mempunyai kesempatan di atas dunia ini sebelum ajal tiba ..

****************************************************************************

       



          Orang yang selama ini membuat kita bahagia dan gembira tetapi dipengakhirannya dia juga yang membuat kita sakit hati dan sedih .. Janganlah terlalu menggenggam kepercayaan seseorang itu kerana andai dia bukan jodoh kita , kita tidak akan sakit sangat-sangat di hati .. Tidak salah bercinta tetapi jangan bercinta sehingga membelakangkan hukum agama dan jangan jadikan ALLAH tempat terakhir ketika kita sedang bersedih .. ALLAH tidak akan redha dengan setiap apa yang kita lakukan jika kita membelakangkanNYA ..
                       

Meh kita baca satu cerita untuk sekadar perkongsian sahaja ..

        Apabila dua insan dipertemukan oleh ALLAH semua perkara menjadi indah ..Tanggal 26 Mei 2012 termetrailah segala kata-kata pujangga dua insan ini .. Mereka dipertemukan di Kolej Ungku Omar , UPSI .. Pertemuan yang secara tiba-tiba itu merupakan detik yang menggembirakan dalam hidup mereka .. Indahnya hidup apabila ada orang yang mengambil berat tentang kita dan rasa bahagia sangat-sangat apabila dapat berkongsi cerita ..

      Pasangan ini tidak mengendahkan segala nasihat dan pandangan orang lain kerana mereka kerap bersama .. Ke library bersama , makan bersama dan pergi ke mana-mana semua bersama .. Oleh kerana hati berbunga-bunga ketika itu , mereka tidak nampak semua orang disekeliling dan tidak menghiraukan perasaan orang lain iaitu perasaan sahabat sendiri .. Mereka mengganggap semuanya itu hanya mengganggu kebahagiaan mereka .. Pasangan lelaki ni terlalu cemburu dekat pasangannya ini .. Kita sebagai perempuan kita tahu tahap kesetiaan kita di mana .. Kalau nadiala , sekali da sayang orang itu nadia akan sayang dan tidak akan pandang mana-mana lelaki yang lain ... Tetapi pasangannya ni tetap dengan cemburunya dan yang perempuan ni pula tidak peduli kerana di hatinya cuma pasangan lelakinya itu ...

      Pasangan lelaki ini selalu memberi nasihat tentang agama dan aurat kepada pasangannya .. Tetapi pasangan perempuan ini selalu sahaja mempertikaikan setiap nasihat yang diberikan kepadanya .. Sehinggakan mencabar setiap nasihat yang diberikan .. Kadangkala pasangan perempuan ini juga sering sahaja marah-marah , sering lepas cakap tentang kelemahan dia , mempersoalkan sunah-sunah Rasulullah S.A.W. dan mencabar kesabaran dia sebagai seorang lelaki .. Segala yang dilakukan oleh perempuan itu bukan untuk suka-suka tetapi untuk kebaikan bersama juga .. Pasangannya hendak melihat sejauhmana keikhlasan dan penerimaan pasangan lelakinya itu terhadap dia .. Sama ada boleh bersabar atau tidak .. Kalau dia tidak boleh bersabar dengan setiap perbuatan pasangan perempuannya itu bermakna dia tidak akan dapat menerima segala kekurangan dan kelemahan perempuan itu dan tidak dapat menempuh segala rintangan hidup diluar nanti .. Perasaan perempuan mana yang tidak menginginkan seorang lelaki sebaik pasangannya itu .. Apabila perempuan ini sudah bersedia untuk berubah ke arah yang lebih baik dan bersedia menerima pasangannya itu sepenuh hati tetapi tidak semua impian akan menjadi nyata ..

       Sangkakan panas sehingga ke petang tetapi hujan di tengahari .. Tanggal 27 Julai 2013 sebuah ikatan murni terputus begitu sahaja apabila salah seorang daripada pasangan tersebut berubah arah dan mempunyai pilihan hati yang lain .. Semasa itu , masing-masing sedang bercuti semester selama 3bulan dan semasa itu sedang puasa minggu kedua .. Jelas diingatan sebelum semua ini berlaku secara tiba-tiba lelaki ni tukar password facebook dan terjadilah pertengkaran yang tiada kesudahannya .. Akhirnya perempuan ni berjaya log in facebook lelaki ni .. Hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan dan hati perempuan itu bila baca chat lelaki itu denga perempuan lain ... Selepas itu pasangannya yang perempuan ini hantar chat dekat perempuan itu supaya jangan mengganggu hubungan mereka tetapi apa yang didapati perempuan yang chat dengan pasangan lelaki itu sebarkan kepada kawan lelaki dia dan kawan lelaki dia beritahu dekat pasangan lelaki itu .. Mulai itu dengan mudahnya pasangan lelaki itu berkata "Jangan ganggu dia dengan perempuan itu .. Dia da xnak dengan pasangannya itu lagi" Luluh hati pasangan perempuannya itu dan menangis terus menangis dengan apa yang berlaku kerana dihatinya cuma ada lelaki itu sahaja dan tidak pernah terlintas untuk menyakiti hati lelaki tersebut dan menduakan hatinya ...

      Oleh kerana cinta itu telah membutakan hati , pasangan perempuannya itu terus bertahan dengan pasangannya itu .. Malah apa yang dia dapat ? Cuma kesakitan dihati .. Hatinya terus sakit terus disakiti .. Mesej sudah tidak , call lagilah jarang .. Manakah sifat penyayang yang ada pada pasangan lelakinya itu ? Apa yang dia dapat hanya marah-marah , kata cacian-makian dan kata-katanya hanya dusta .. Rakan-rakan perempuan dan lelaki tersebut terus memberi nasihat kepada perempuan tersebut tetapi sampai satu tahapnya mereka tidak terdaya melihat perempuan itu terus dipermainkan .. Mereka suruh perempuan itu pergi dari hidup lelaki tersebut ... Tetapi perempuan ni tetap degil dan berkeras untuk bertahan dan terus bertahan .. Akhirnya , dia hanya dapat kata-kata daripada lelaki tersebut "lepas ni da xpayah sibuk lagi pasal dia , sebab tidak lama lagi dia nak kahwin dengan perempuan itu .. Dia da pilih perempuan itu jadinya kita bawa haluan masing-masing .. Dia xpernah berjanji dan seksa perasaan siapa-siapa .. Selama ni dia pendam apa dia rasa sehingga dia da xboleh terima apa yang perempuan itu buat dekat dia .. Dia pun ada perasaan .. Hati dia da tertutup untuk perempuan tersebut.."

      Walaupun pahit untuk menelan semua yang diperkatakan pasangannya itu pun membawa hatinya pergi jauh dari lelaki tersebut .. Sampaikan dia menukar nombor telefon dan facebook baru kerana tidak mahu terus mengharap dan disakiti oleh lelaki yang pernah menjanjikan kebahagiaan kepada dia dan akan setia sampai bila-bila .. Sekarang sudah dua bulan berlalu .. Berakhirlah sebuah ikatan murni selama setahun lebih bersama dengan 'si dia' .. Janji hanya tinggal janji .. Perempuan ini mengharapkan terus melangkah dan biarkan masa berlalu tanpa memintas masa .. Perempuan ini juga terlalu mengharap agar dapat melupakan orang yang telah menyakiti hati dan tidak menghargai dia serta buang terus nama lelaki tersebut diingatan dan hatinya .. Teruslah berbahagia di atas kesedihan dan penderitaan orang lain .. ALLAH MAHA ADIL .. DIA jua MAHA MENGETAHUI ...

         Nasi sudah menjadi bubur .. Tidak guna untuk menangisi insan yang tidak tahu menghargai .. Insan yang diharapkan dapat terus membimbing hati ini berubah lebih baik sudah berubah hati kepada orang lain .. Insan yang selalu diingati sudah bahagia meniti hari-hari hidupnya bersama dengan pilihan hatinya .. Apakah daya sebagai insan yang lemah dan selalu melakukan kekhilafan .. Apa yang diharapkan tiada perasaan dendam yang tersimpan dihati .. Apa yang diharapkan dapat terus istiqomahkan hati ini untuk berubah lebih baik tanpa bimbingan daripada 'si dia' ..

#terimakasihuntuksegalanya

     Memang sakit apabila kepercayaan yang kita beri kepada seseorang itu tetapi dia khianati .. Selepas ini berhati-hatilah memberi hati .. Berilah kepada yang sudi dan sudi menyambut hatinya itu tanpa membiarkan hati kita jatuh ke lantai .. 

Peringatan untuk diri sendiri dan sahabat sekalian ..
Janganlah terlalu menguji seseorang itu sehingga orang itu hilang kesabaran dekat kita dan janganlah sesekali kita menyakiti hati orang lain kerana apabila kita menyakiti kita juga akan disakiti .. janji ALLAH itu pasti cuma lambat dan cepat .. Janganlah cari yang terlalu sempurna kerana semua orang tidak sempurna ..

      Tidak mengapa jika sekarang kita disakiti .. Biarlah orang buat kita tetapi kita jangan sesekali buat dekat orang .. Biarkanlah mereka bahagia kerana ALLAH telah merancang yang terbaik untuk hamba-hambaNYA .. Jangan bersedih terlalu lama , biarkan semua ini berlalu .. Kita sepatutnya bersyukur kerana ALLAH jauhkan kita daripada orang itu kerana kita tidak tahu keburukan dari diri dia dan kita tidak tahu kemungkinan masa akan datang kita tidak akan bahagia jika hidup dengan dia .. Sentiasalah berfikir positif dan husnuzhon dengan perancangan ALLAH ...






Bangkitlah ! Terus langkah kehadapan .. Redha dengan apa yang berlaku ..
Percayalah dan yakin dengan setiap perancangan ALLAH ..
DIA lebih tahu berbanding kita ... 
Berhentilah terus mengingati orang yang tidak menghargai kita ..
Kita tidak rugi apa-apa tetapi dialah yang yang rugi sebenarnya ..
Teruskan tersenyum sayang  ^^

TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA ... SEMOGA BERBAHAGIA ..
                  

Sunday, January 26, 2014

Cinta Itu Membutakan Hati

Assalamualaikum ...

           Wahai pembaca sekalian .. Apabila kita sebut tentang percintaan sesama manusia semua orang akan rasa teruja .. Semua inginkan cinta dan berkasih sayang daripada manusia .. Memang sesama manusia inginkan kasih sayang daripada orang tersayang dan kita memang dicipta secara berpasangan .. Pernah tidak kita terfikir bahawa pasangan yang kita dok bercinta itu bukan jodoh kita ? Genggam macam mana pun , jika si dia bukan tercipta untuk kita pasti terlepas jua digenggaman ..



carilah REDHA ALLAH S.W.T.. 


kita akan diuji dengan apa yang kita SUKA tetapi 
percayailah tidak semua yang kita suka itu baik untuk kita ..

Saya ada sedikit perkongsian kepada semua pembaca .. Marilah kita sama-sama menghayati apa yang dikongsi ini ..

Pasangan .. Dulu , Aku pun tak tahu .. Aku jahil di masa lalu .. Bercinta .. Rasa sweet gila bersama-sama .. Suka duka sharing together .. No wonder la makin lalai makin leka ..
Now, bila dah sedar ,
Rasa bersalah .. Apa dulu yang kita buat semua dosa ...
Saya beri 3 situasi orang bercinta. Last nanti compare dengan situasi bercinta dengan ALLAH S.W.T..
Situasi pertama : Orang bercinta , malam mesti call kan ? Bila kita tertidur , esok pagi tengok ma shaa ALLAH banyakkkk gilaaaa missed call , sms daripada si dia .. Kita jenuh gelabah nak jawab apa kat dia nanti .. Jenuh duk pikir ayat .. Kang kata tertidur sentap pulakkk kan ? Dia dah lah buat super savers la ape la semata2 nak bercakap dengan kita .. Hmm macam mana ye ?
Situasi kedua : Bila kita cinta someone , kita sanggup oiii peghabihh duit semata-mata untuk dia .. Topup rm5 , rm10 , rm30 and rm100 pon sanggup .. Semata-mata nak text/call/whatsapp/wechat si diaaa . Kering poket pon tak pe , demi membuktikan cintaku padamu .. Hahahaa !
Situasi ketiga : Bila kita ni memang sayang gileee le dekat die , haaa mesti duk angau kan ? Pantang bebenor dengor oghang bercerita tentang die , mule le kite rasa semacam .. Hati berbunge-bunge .. Apatah lagi kalau org bercerita tentang keindahan dan kelebihan die depan2 kita .. Fulamakk wey , boleh tak tidor malam teman .. Ate duk ghenyihh soghang2 .. Hahaha ghenyih = senyum. Betul kan ?
Now, cuba compare dengan situasi bercinta dengan ALLAH S.W.T..
Situasi pertama : Kita sanggup kan call malam2 ? Sampai bila kita tertidorrr pon , kita ghase takot bebenor nak ngaku pd si die .. Tapi , PERNAH TAK KITA TERFIKIR ? Apakah aku sanggup BANGUN MALAM , semata2 untuk ALLAH ? Apakah aku sanggup bangun untuk BERTAHAJJUD mencari keredhaanNya .. Pernah tak kita bangun malam semata2 untuk ALLAH selama ini ? Pernah ke tidak ? Simpan jawapan tu ..
Situasi kedua : Kita sanggup peghabih duit berpuluh/ratus semata2 nak berbual dengan si dia .. Tapi , PERNAH TAK KITA TERFIKIR ? Apakah aku sanggup BERSEDEKAH BERPULUH RINGGIT , BERATUS RINGGIT semata-mata untuk membantu saudara2 ku di JALAN ALLAH S.W.T. ? Kita selalu derma rm1 , rm2 ? Pernah tak sampai beratus ? Pejam mata je , JANJI untuk AMAL KEBAIKAN ? Pernah ke tidak ? Simpan jawapan tu ..
Situasi ketiga : Duk angau .. Dengor je nama die bergetor ghase hati .. Apatah lagi bile dengor orang duk puji die depan2 kita kan ? Tapi , PERNAH TAK KITA RASA/TERFIKIR ? Bila ustaz/ustazah/sesiapa sahaja MENCERITAKAN KEBAIKAN ALLAH S.W.T. , KEINDAHAN ALLAH S.W.T. , pernah tak BERGETAR HATI KITA ? Pernah tak kita tak tidur malam memikirkan KEKUASAAN ALLAH ? Pernah tak bertambah RASA CINTA , KEIMANAN kita pada ALLAH S.W.T. bila mengetahui kekuasaanNYA ? Pernah ke tidak ? Simpan jawapan tu ..
Sahabat , Aku dulu jahil sahabat .. Aku juga pernah lalui ketiga2 situasi di atas .. Dan sukar untuk aku lalui tiga situasi di bawah .. Aku juga pernah bercinta , sahabat ..
Aku agungkan cinta manusia ..
Aku membelakangkan cinta ALLAH S.W.T..
Kini , ALLAH S.W.T. tarik semua rasa nikmat kebahagiaan itu .. Namun kini, aku berjuang untuk tidak mensia-siakan masa, hati dan harta di jalan yang haram .. Apa yang bakal aku katakan pada suami aku nanti , apa rasa cinta yang bersisa lagi jika semua rasa cinta itu aku dahulukan buat yang belum halal ?
Sahabat , Kita belum lagi terlambat .. Post ini aku tak tujukan kepada sesiapa .. Aku cuma rasakan aku layak memberi peringatan .. Kerana apa ? Kerana aku rasakan terlalu banyak status2 di facebook dari kita semua ditujukan buat yang bukan halal .. Boleh berkasih .. Ya boleh .. Berkasih kerana ALLAH S.W.T.. Nak tahu macam mana pasangan tu terbaik utk kita ? Tengok macam mana dia tawarkan cintanya .. Mengajak kita bercouple atau bernikah ? Jawapan kepada semua situasi tadi , kita sahaja yang tahu .. Simpan .. Muhasabah diri .. Belajar cintakan ILLAHI .. Jangan terlalu cintakan yang tidak kekal kerana takut kita kecewa nanti .. Jika rasa diri masih muda ., Kejar ilmu ALLAH S.W.T. dulu .. Masih banyak yang kita belum tahu . Jika sudah mampu , carilah pasangan hidup yang berpegang kepada agama ALLAH S.W.T. In shaa ALLAH , bahagia dunia , bahagia akhirat ..

Alhamdulillah .. ALLAH S.W.T. tarik dan jentik si dia daripada aku kerana ALLAH S.W.T. hendak memberikan yang lebih baik untuk aku .. Kata-kata semangat daripada seorang sahabat kepada aku .. Terima kasih sahabat sentiasa bersama dengan Nadia ketika sedih dan gembira dan tidak jemu memberi kata-kata semangat sehingga sekarang ^^
** Beruntung n bersyukurlah syg .. Allah da jauhkan awak dari benda2 mcm tu . skang awk hanya berkasih dengan DIA shj ..


JAGA JAGA JAGA ... JAGALAH HATI KITA ! 
JANGAN DINODAI DENGAN CINTA YANG SIA-SIA ...


#SENTIASALAH TERSENYUM DIKALA HATI SEDANG BERSEDIH .. SENYUM MAMPU MEMBUAT ORANG LAIN BAHAGIA .. JADI SENYUM ^____^



Wednesday, January 22, 2014

Sabar Itu Indah

Assalamualaikum ...



"...ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya 
(Al-Baqarah [2] : 286) ..."

         Sabar itu indah tetapi tidak semua manusia akan bersabar dengan ujian yang diturunkan kepada mereka ... kerana ALLAH S.W.T. menjanjikan setiap kesabaran pasti akan mendapat kemanisannya sama ada cepat atau lambat .. Aku hanyalah insan biasa , memerlukan kekuatan hati ketika ALLAH S.W.T. turunkan ujian hati kepada aku ..

         Ya !! yang pastinya aku hendaklah kuat mengharungi setiap ujian yang ALLAH S.W.T. berikan kepada aku .. Hal ini membuktikan bahawa aku merupakan insan yang terpilih untuk diuji .. ALLAH S.W.T. menguji hambaNYA kerana DIA tahu kita kuat dan mampu untuk mengharungi setiap ujian yang diberikan ..

         Aku kuat kerana aku percaya ALLAH S.W.T. sentiasa ada bersama dekat aku .. Aku kuat kerana aku masih ada emak abah dan keluarga yang masih menyayangi aku sepanjang masa .. Aku kuat kerana aku masih ada kawan , sahabat dan rakan semasa gembira dan sedih bersama-sama .. Oleh sebab itu aku masih mampu bernafas di bumi ALLAH S.W.T. dan ketawa bersama-sama dengan orang yang aku sayang ...

        Setiap detik aku bernafas , aku selalu berdoa mengharapkan kepada yang MAHA ESA supaya diberikan kekuatan hati .. Aku hanya hamba yang lemah dan hina sentiasa khilaf dengan kesalahan diri yang tidak nampak atau nampak .. Aku diuji kerana ALLAH S.W.T. rindu hendak mendengar setiap rintihan hati kita .. Ketika aku gembira aku leka , aku lupa kepada Pencipta yang memberikan kegembiraan itu kepada aku .. Ketika DIA tarik kegembiraan aku , aku hilang arah dan akhirnya kepada Pencipta aku mengadu ... YA ALLAH ! Berikanlah aku kekuatan hati di atas apa yang berlaku ini ..

       Aku percaya dan yakin setiap kesabaran pasti akan membuahkan hasil yang lumayan iaitu kegembiraan yang tidak terhingga yang dijanjikan olehNYA .. Jika aku tidak peroleh di dunia mungkin aku akan dapat kegembiraan yang abadi di sana ..

"...Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu ... Dan sesungguhnya yang demikian itu amatlah berat kecuali bagi orang yang khusyuk (Al-Baqarah : 45)..."


Jangan berhenti berdoa dan berharap kepada DIA .. ^^


#BANGKIT NADIA ! KEKUATAN DIRI BERMULA DARI HATI .. MUSLIMAH YANG SEJATI TETAP AKAN BANGKIT DI SETIAP KESEDIHAN YANG MENERPA DI HATI .. ALLAH KAN ADA ..